SIAPALAH AKU TANPAMU....FELDA,
ALHAMDULILAH!
(Coretan bersiri kisah benar)
Nukilan : Kamari Kasan,
A.N.S.
Era
kehidupan bangsa Melayu dalam zaman 50-an adalah merupakan
usia bangsa yang masih berada dalam lingkungan kanak-kanak
meskipun sejarah bangsanya dibuminya sendiri ini telah
bermula sejak lebih dari 600 tahun dulu lagi.
Pada
1511M iaitu diwaktu kehadiran penjajah Portugis, usia
kematangan pendewasaan bangsa Melyau masih berada di tahap
remajanya. Usia ini namanya begitu popular dan harum.
Jejakanya dikagumi dan anak gadisnya diminati. Uis ini sarat
dengan kisah peminangan, pertarungan kerana gadis idaman,
dan kisah-kisah berkisar dalam keseronokan menjelajah
kebenua-benua seperti Cina dengan persembahan-persembahan
(konsert agaknya dalam konteks hari ini). Nama-nama besar
seperti Hang Tuah, Tun Teja, Puteri Gunung Ledang dan Puteri
Hang Lee Poh begitu memenuhi carta kisah popular era
berkenaan.
Namun
sebaik sahaja era remaja menjangkau belia itu, bangsa Melayu
berdepan dengan kehadiran portugis yang berkedatangan
sebagai saudagar tetapi lengkap dengan ‘security team’
yang bersenjata dan dibenarkan atas kuasa Kerajaan Negara
mereka. Pada usia itu, bangsa Melayu tidak mempunyai tokoh
ekonomi terlatih, tiada tokoh korporat yang berilmu, tiada
suatu struktur Kerajaan yang mempunyai agenda rancangan
negara lima tahunnya. Penjajah hadir hanya bertemu dengan
struktur sosial mudah iaitu suatu bangsa yang bernama Melayu
dan mempunyai kedaulatan pada jajahan kuasanya di mana wujud
rakyat dan wujud penguasaannya kepada kawasannya itu, tetapi
tidak tahu tentang nilai ekonomi flora dan faunanya seperti
rempah dan juga hidupan liarnya. Penjajah mendapati bangsa
yang muda belia ini tandus dengan ilmu dan sangat mudah di
‘sakat’ dan begitu ‘emosional’ tetapi sangat rapuh
pertahanan diri dan negaranya.
Keadaan ini bagai sang penangkap ular bermain dan
mempermainkan ular berbisa. Tiada sedikitpun yang akan
menakutkan dan membimbangkan mereka. Itu semua kerana
‘ilmu’. Ia merupakan suluhan cahaya yang menunjukkan segala
jejek-jejak laluan dalam apa jua liku kehidupan yang
dihamparkan di hadapan mereka. Kehidupan yang mereka temui
setiap hari seumpama batang lilin (maklumat) dan mereka
mempunyai teknologi menyalakan lilin itu untuk menerbitkan
cahaya iaitu ilmu. Teknologi itu saya namakan sebagai
teknologi ilmu (knowledge technology).
‘East
India Timur’ adalah sebuah syarikat korporat dan jika pada
zaman itu pemimpin Melayu yang menanti ialah Allahyarham Tun
Abdul Razak (yang membina Felda) maka sudah barang tentu
pelbagai jalinan MOU (memorandum of understanding)
telah dilakukan dan perperangan bertukar kemeja tektikal
perundangan dan kemudian berpindah kedaftar pasaran saham
ekonomi. Namun zaman remaja menjadi belia tentulah zaman
yang emosi mengatasi aqal dan era inilahbangsa melayu
menemui sentuhan pintu pra-globalisasi itu.
Sejak
1511 dan sampailah kepada era 1700M, penjajah mula
mendatangkan pekerja upahan (buruh asing) mereka sendiri
yang terdiri dari kaum Cina (untuk menjadi pekerja di
lombong-lombong bijih mereka) dan Kaum India (menjadi
pekerja di syarikat perladangan mereka). Sementara kaum
melayu dibiar kerana bangsa ini tidak banyak mengganggu
urusan seharian mereka selagi mereka memelihara hubungan
dengan tampok kepimpinan dan kedaulatan bangsa melayu
tersebut iaitu Institusi Kesultanan. Jika ada pun bangsa
Melayu adalah mereka yang terpilih dari kalangan istana
untuk menemani urusan dengan rakyat jelata dan urusan
sepermainan mereka,sementara sekelumit-lainnya adalah
menjadi peon (budak pejabat), pemandu, amah, penari
dikabaret dan segala cara kehidupan yang sekadar melukut
tepi gantang. Rakyat jelata sekadar kais pagi makan pagi.
Bangsa melayu ini ‘terbiar’ hampir ratusan tahun meskipun
dalam ratusan tahun itu jugalah bangsa Cina dan India yang
didatangkan sebagai pekerja dan yang tinggal dalam
lingkungan perkampungan-tertutup mereka, telah membangunkan
struktur sosial yang kuat sebagai sebuah komuniti berbudaya,
berbangsa dan membawa segala ciri-ciri bernegara mereka di
sini. Mereka berniasa semasa mereka, mereka membina
kongsi-kongsi gelap mereka, mereka membina institusi
kewangan mereka, mereka mempelajari hampir segenap aspek
kehidupan bernegara moden sepanjang ratusan tahun dalam
‘kandang’ atau dunia tertutup mereka itu. Amat kecil sekali
interaksi mereka dengan dunia melayu dan kalau adapun dalam
skala yang amat sederhana.
Jadi
bayangkanlah; jika suasana yang wujud itu ialah - selama 300
tahun lebih bangsa Cina dan India bermastautin sebagai
‘pekerja asing’ (kepada semua kepentingan syarikat penjajah)
yang mempunyai struktur ekososial yang sempurna dan
mempunyai kehidupan sarat dengan daya saing dan ilmu
pengetahuan amaliah; dan dalam tempuh yang sama itu juga
bangsa Melayu dibuai dengan kebahagiaan dan kebanggaan
melankolia minda mereka.
Sudah
barang pasti usia belia Melayu pada 1511 telah begitu
‘terencat’ dan bangsa ini berada dalam suatu episod
situasi-masa yang terhenti. Terhenti buat 400 tahun lebih.
Budayanya, sistem keilmuannya, pengetahuan dan teknologinya,
adat dan istiadatnya, sampailah kepada aspek perkembangan
kegiatan ekonomi dan apalagi bidang teknikal lain seperti
perakaunan, undang-undang dan sebagainya. Bukti
‘terhenti’nya kehidupan suatu bangsa melayu itu jelas dapat
diperhatikan dalam sisip-sisip adat kehidupan mereka yang
sepatutnya jika zaman 400 tahun dulu sifatnya sedemikian,
maka sampai ke era kini sepatutnya ia telah mengalami
perkembangan mendalam bukan dalam sesuatu jenis kehidupan
semata-mata tetapi mencakupi keseluruhan bentuk kehidupan
dengan begitu teratur dan kemas.
Lalu,
apabila kemerdekaan tiba; Melayu berdepan dengan suatu
siri kejutan; pertama, kejutan kemerdekaan kerana
arus kemerdekaan sekitar (Indonesia contohnya); kedua,
kejutan kerana kekalahan Jepun selepas mereka menghalau
penjajahan British; ketiga, kejutan kerana selepas
kesedaran kemerdekaan itu, ia telah dimarakkan lagi oleh
keganasan atau perbuatan ganas dengan tidak ada asal dan
puncanya oleh kaum Cina (yang telah lama menjalani kursus
jati-diri mereka di perkampungan tertutup mereka dan di
tambah oleh bantuan pihak luar dengan segala kelengkapan ;
sedangkan di kala itu Melayu dengan tidak mempunyai senjata
lain melainkan ‘parang panjang’ @ ’parang panjang terbang’)
menerusi gerakan ‘bintang tiga’; keempat, kejutan
selepas rakyat menderita oleh tekanan pasca jepun dan
kegilaan kaum cina menerusi bintang tiga serta gerakan
pondok menerusi akhbar jawi mereka yang menyuarakan ‘jihad’.
Kesemua kejutan itu tidak mungkin dengan tiba-tiba
mendewasakan Melayu yang proses belianya dulu telah
terbantut pada 1511.
Sementara pada 1946 (selepas 400 tahun lebih) , meskipun
Melayu berjaya disatukan dan berjaya memberi impak
kemerdekaan, namun Melayu yang baru mula menyambung usia
belianya itu dipaksa menerima kemasukan ‘pekerja asing’
syarikat penjajah itu (kaum Cina dan kaum India itu).
Di
saat penjajah mahu meninggalkan tanah jajahannya; mereka
semestilah menyedari hakikat bahawa semasa kehadiran mereka
dulu; negara ini mempunyai kedaulatannya sendiri dan
mempunyai struktur kepimpinannya sendiri (institusi
Raja-Raja). Maka sudah tentulah bila mereka meninggalkan
negara ini amatlah wajar mereka meletakkan semula (reinstatements)
kepada pihak yang mereka kenali dan temui semasa mereka mula
menjejekkan kaki mereka di sini dulu. Sementara mereka juga
sedar bahawa bangsa lain selain melayu adalah bangsa pekerja
asing yang mereka datangkan dari negara asal mereka dan
bangsa itu mempunyai hak kedaulatannya dari negara asal
mereka sendiri.
Namun
oleh kerana ‘kos besar’ yang bakal ditanggung oleh penjajah,
mereka meninggalkan kaum berkenaan di negara ini dengan
dalam masa yang sama bangsa Cina dan India itu pula sedia
menjadi rakyat Malaysia (Tanah Melayu) dan begitu keberatan
untuk kembali ketanah air mereka...?, maka mereka bersetuju
dengan susunan syarat kontrak sosial yang cukup berat
(tetapi kini telah begitu dipermudahkan oleh kerana kealpaan
barisan pimpinan sekunder kita sendiri), sedangkan Melayu
pada ketika itu (mereka pun tahu) adalah Bangsa yang baru
mula menemui usia belianya berbeda dengan bangsa mereka yang
telah cukup dewasa dan cukup bersedia untuk keluar dari
rumah dan perkampungan tertutup mereka itu.
Maka
apabila kemerdekaan menjamah bumi bertuah negara
ini.....kita menyaksikan kemiskinan sebagai hasil dari suatu
pertandingan yang sangat tidak sihat dan tidak sempurna.
Bila penjajah meniup wisel permulaan pada 31 hb. Ogos 1957
dan Melayu merayakannya setiap tahun di padang Sultan
Sulaiman..., maka pada setiap itulah pertandingan antara
kaum di negara ini telah dimulakan dengan cara yang sangat
tidak seimbang dan tidak betul. Bangsa melayu baru mula
mengenal kehidupan bersaing sementara kaum Cina dan India
telah berlatih tubi bersaing dalam koloni dan perkampungan
tertutup mereka itu. Mereka telah mengenali ekonomi, bank,
perakaunan, perundangan, dan sebagainya sementara bagi
Melayu baru mula tergamam dengan segala bentuk peraturan
permainan kehidupan yang tiba-tiba terjadi itu. Persaingan
amat tidak sihat. Melayu berada di garisan mula sementara
bangsa lain telah berada di garisan penamat siap merebut
segala peluang yang terbuka atas nama demokrasi.
Sebagai mengimbau kisah duka nestapa itu saya sisipkan
cerita nukilan Allahyarham Tun Ghaffar Baba yang kita tahu
ia adalah wajah kepimpinan dari sinar keperitan hidup bangsa
ini dari buku beliau dengan bait-bait berikut:...
22.
Malang sekali bagi saya baru berumur 7 tahun ibu
meninggal dunia dalam tahun 1932,
waktu berumur 38 tahun selepas melahirkan anak
terakhirnya, Abdul Aziz. Sungguh-sungguh saya kesedihan
kerana tidak ada lagi tempat hendak bermanja. Bapa
berkahwin lagi dengan Puteh bte Yasin, Paya Rumput,
Sungai Udang. Tiada anak.
23. Dua tahun kemudian, berumur 40 tahun bapa saya meninggal
dunia,
sakitnya tidak diketahui. Waktu itu saya baru berumur 9
tahun. Saya tidak kesedihan sangat dengan kematiannya
itu sebab bapa saya garang. Perasaan kasih sayang
antara bapa dan anak boleh dikatakan tidak ada, mungkin
disebabkan desakan hidup. Walau bagaimanapun setelah dewasa
saya tetap mengenanginya dan kalau ia masih hidup
saya akan membalas budinya kerana jasanya menghidupkan saya
dan menghantar saya ke sekolah. Kalau tidak tentulah saya
hari ini termasuk dalam golongan orang buta huruf.
24.
Setelah kedua-dua ibu bapa meninggal dunia tiga orang
adik beradik yang masih hidup; Rahmah, Jamiah dan
Zakaria berpindah ke Sungai Udang, Melaka menumpang
duduk di rumah Cikgu Hitam Abdullah (pesara) , abang kepada
bapa saya. Abang saya Nurdin ke Singapura menjadi tentera
laut British.
25. Hanya saya seorang sahaja yang tidak mahu berhijrah ke
Melaka. Saya buat keputusan mehu menetap di Kuala Pilah
kerana saya mencintai tempat tumpah darah saya itu walaupun
saya tahu tidak ada tempat hendak bergantung lagi. Saya
ingin berdikari dan percaya saya akan berjaya. Setiap
pagi jumaat waktu tidak bersekolah saya ke tanah
perkuburan di kampong Gemuroh membersihkan kubur
kedua-dua ibu bapa, kakak saya Zauyah, abang saya Sha’rani
dan adik saya Aziz dan membaca doa untuk mereka. Bahkan
itulah yang menjadi sebab utama mengapa saya mahu terus
menetap di Kuala Pilah. “siapa lagi yang akan membersihkan
tanah perkuburan itu kalau saya juga turut berpindah ke
Melaka? “ Fikir saya………..
42.
Apabila kedua-dua ibu bapa sudah meninggal dunia dan
mempunyai empat orang adik beradik saya yang lain
meninggalkan Kuala Pilah saya tinggal sebatang karah, jadi
anak yatim. Kehidupan saya bertambah menderita. Sebelah pagi
dalam perjalanan kesekolah, tidak kira dimana saja tidur
malam sebelumnya, tidak pernah miss saya singgah disebuah
kedai kopi seorang Cina Hailam memungut reja-reja roti
yang telah dibuang kedalam tong sampah. Itulah yang
jadi sarapan pagi saya setiap hari.
43.
Sebelah malam kalau saya tidak balik ke rumah bapa saudara
saya itu, saya menumpang tidur di rumah kawan-kawan.
Kadang-kadang saya tidur di dalam bilik darjah, gelap, dan
penuh dengan nyamuk.
Allahyarham Tun Ghaffar Baba tidak menjadi peneroka FELDA,
tetapi dia antara orang miskin yang berjuang untuk
terbentuknya FELDA. Dia langsung tidak sempat menikmati
usaha perjuangannya tetapi terus bekerja dalam apa juga
posisinya untuk rakyat khususnya bangsanya.
Sorotan ini juga adalah lanjutan kisah dari kehidupan yang
mencubit cebisan kisah-kisah duka bangsa sebelum menyertai
FELDA dan FELDA telah menyebabkan kehidupannya kini begitu
jauh berubah…ikutilah kisah ini sebagai renungan agar kita
sentiasa…berbudi…mengenang budi……membalas budi……
Emak,
semoga tenanglah mak!...; sorotan kisah
..Allah
lah penentu segalanya. Ditaqdirkan untuk aku
kehilangan ayah tercinta di usia 5 tahun lagi.
Malang silih berganti. Penderitaan demi penderitaan.
Bebanan ibu membesarkan 6 orang anaknya dengan berbekalkan
sebidang tanah seluas 2 ekar. Separuh darinya baru sahaja
ditebang tebas oleh ayah dan separuhnya lagi masih riuh
suara riang-riang kerana habitat hutan tropika mereka masih
belum diteroka lagi.
Hutan
ini adalah sebahagian dari ribuan ekar hutan hujan tropika
memanjang hingga ke Sungai Karang dan di sinilah pertempuran
sengit antara tentera Indonesia dan tentera Malaysia
terjadi. Peristiwa itu berlaku selepas setahun ayah
meninggalkan kami sekeluarga dan tidak tahu entah di mana.
Abang
yang tua baru berusia 13 tahun dan dikala rakan-rakan mereka
berangkat melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu sekolah
Menengah, dia terpaksa berhenti untuk bekerja sebagai orang
gaji di Singapura untuk mencari pengalaman sambil dapat
mengurangkan bebaban keluarga.
Aku
belum bersekolah tetapi sudah layak untuk menyertai kelas
TADIKA. Itu cerita di zaman sekarang, kerana pada zaman itu
kanak-kanak tidak dapat memahami apa itu TADIKA kerana
mereka hanya tahu sekolah di tahun satu sahaja.
Dua
orang saudara tua ku iaitu kakak dan abang masih bersekolah
di sekolah Rendah sementara aku akan berada di sisi ibu
untuk menjaga dua orang adik-adik yang berusia kira-kira 4
tahun dan 2 tahun. Di wilayah yang penuh misteri ini, kami
tidak mempunyai saudara mara dan kalau adapun beliau adalah
ayah kepada ibu aku yang tinggal dalam 2 batu dari tempat
kami mendirikan pondok buruk itu. Dia seumpama duri dalam
daging kerana sikapnya yang sangat kejam dan diiringi oleh
dayang-dayang iaitu isteri serta anak-anaknya yang sangat
angkoh dan sombong serta zalim terhadap keluarga kami.
Isterinya itu adalah ibu tiri kepada ibuku.
Jiwaku sentiasa remuk dan hancur dengan luka yang tidak tahu
berapa kali sudah berdarah tetapi masih terus seperti
dihiris ketajaman dedaun lalang bila setiap kali mendengar
bunyi muzik padang pasir menjelangnya saat maghrib. Saat
inilah aku menitiskan air mata merenung ke sudut lorong dari
hutan tebal itu dengan doa moga-moga wajah ayah muncul dan
memberi harapan keceriaan keluarga meskipun wajahnya itu
tidaklah segagah mana; tetapi dialah kebanggaan kami dan
senandung hiburan jiwa kami. Namun setiap kali kegelapan
menerpa pintu pondok kami dan setiap kali anak mataku pudar
melihat lorong hitam itu; maka sesaat itu jugalah pipi
cengkung ini digenangi oleh serakan air mata. Aku tersedu
sendirian dan menahan sebak untuk tidak dilihat oleh ibu
atau adik-adik lainnya.
“sudahlah nak, abah pasti akan datang semula dan balik.
Tidak esok tentu lusa dia akan pulang” bisik ibuku yang
dengan senyap mendekati aku untuk memberi semangat kepadaku.
Di saat itu aku berlari jauh ketepi parit meredah maghrib
dan disitu aku menutup mulut untuk menahan sebak sambil
mencuci muka dengan air parit dari tanah gambut yang hitam
pekat itu.
Aku
memeriksa beberapa batang pancing ikan yang telah dipasang
petang tadi untuk mendapatkan bahan lauk bagi makan malam
nanti.
Kemudian aku akan segera mengambil air solat
dan terus naik ke pondok tanpa bilik itu untuk menyalakan
lampu minyak tanah dan kemudian mengerjakan solat .....
………………………………………….
....terlalu panjang butiran kisah untuk dikenangkan dari
usiaku 5 tahun sampailah kepada usia 13 tahun di mana aku
bersekolah dalam tingkatan satu. Aku sudah begitu dewasa.
Kebun yang dulunya hutan tebal telah mampu diterangkan oleh
kudrat ibu tunggal muda yang ketika ayah meninggalkan aku
ibu berusia kira-kira 29 tahun. Namun ibu muda inilah yang
bingkas membela nasib anak-anaknya dengan sungguh berani
meski saban malam aku terpaksa bangun memicit dan memeluk
ibu ini dengan rayuan agar dia bersabar dan mengusapkan
lenangan air matanya.
Sukar
untuk digambarkan jika pada satu ketika ibu muda ini bagai
dilanda kehampaan dan di saat itu aku dalam perjalanan ke
Sekolah. Di perjalanan itu aku pastikan ibu mendapat bekalan
‘lempeng’ masakanku, sebelum aku melangkah kesekolah.
Biasanya ibu akan kekebun getah milik seorang cina itu untuk
menorih getah bersama dua adik-adik yang belum sekolah.
Mereka akan bermain-main sekitar ibu sambil ibu sebuk
terjungkang-jongkit menyembah batang-batang getah. Aku
melihat adik-adik ku pejam mata di pangkal getah sedang ibu
ku meratapi kehilangan suaminya dengan raungan yang sungguh
halus tetapi amat menyebakkan. Ditangannya terpegang sebotol
cuka getah dan dia bagaikan hilang pedoman. Di saat dia mahu
menghirup cairan cuka getah itulah, aku sampai dan terus
meningkah dengan jeritan seorang anak kecil yang tidak mahu
kehilangan seorang lagi dalam hidupnya.
“ya
Allah mak....tolonglah mak....janganlah mak buat macam ini.
Sabarlah mak...” aku menjerit dengan penuh kegilaan. Kalau
aku jeritkan meminta tolong sekalipun, kebuh ini dan hutan
serta belukar sekitar tidak mampu menyampaikan jeritan itu
ke telinga orang-orang kampung lainnya.
“mak,
ampunkanlah aku mak, ...mengapa adik-adik dah senyap mak...
mengapa mereka mati mak?... fikiran ku bingung.
Ibuku
terpaku melihat aku dengan pakaian sekolah yang tidak
seperti pelajar lain dan tergamam melihat cuka getah yang
berada di tangannya. Dia terduduk disisi adik-adik ku yang
pejam kaku itu.
Aku
terus menerpa botol cuka getah itu dan merampasnya dengan
keras lalu memlontarkan jauh-jauh. Aku memeluk kaki ibu
sambil meraung dengan tangisan yang tidak terhinggakan lagi.
Aku tak peduli. Aku tidak mahu kehilangan ibu sesudah
bayang-bayang ayah tidak pernah muncul lagi.
“mak,
janganlah mak bunuh diri mak. Kalau mak mati, siapalah lagi
yang boleh kami boleh hidup mak...aku takut atuk mak, aku
takut tinggal di rumah tanpa emak ...! “ raunganku terus
menggila....
Adik-adikku terbangun, dan mereka terpingga-pingga tetapi
beberapa ketika selepas itu mereka terpanggil untuk merasa
sebak dengan deretan kata-kata rayuanku yang tak henti-henti
itu. Mereka turut memeluk kaki ibuku.
Hari
itu aku tidak ke sekolah. Aku tidak mahu berpisah dengan ibu
dan adik-adik lagi...
....demikan ....dan ... panjang lagi ukiran seni kepayahan
hidup dalam dunia kemanusiaan yang kejam dan penuh dengan
tipu muslihat...
Pada
suatu ketika dan aku berada di tingkatan satu,...tiba-tiba
penderitaan itu tidak mahu memberi nokhtahnya; bila muncul
seorang lelaki yang datang kepondok buruk kami untuk memberi
amaran supaya kami meninggalkan tanah tempat kami bersabung
nyawa itu.
Dia
menyeluarkan pelbagai kata-kata kesat dan pedih lagi hina.
Ditangannya ada segulung surat dan dokumen hakmilik tanah
yang membuktikan bahawa tanah di mana kami menikmati
kehidupan ini adalah tanah miliknya. Kami dituduh
menceroboh.
.....inilah detik genting dan detik yang tidak dapat dijual
beli oleh sesiapa juga....
….hanya, tiba-tiba dengan takdir Allah (dalam suatu kisah
panjang lainnya) ibuku diundang menyertai sebuah keluarga di
FELDA dan aku menjadi penumpang dalam warga yang sudah
mendapat begitu banyak rahmat darinya. Namun sebagai
penumpang aku sudah cukup mensyukuri teramat sangat kerana
aku mula menempa kejayaan demi kejayaan menerusi
FELDA……Siapalah aku…tanpamu….FELDA.
|